Taburan tasik Tasik

Kebanyakan tasik di Bumi berisi air tawar, dan terletak di kawasan latitud tinggi di Hemisfera Utara. Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada kerana sistem saliran berserabut yang mendominasi kawasan negara ini.

Finland dikenali sebagai Tanah Seribu Tasik, (sebenarnya terdapat 187,888 buah tasik Finland, 60,000 daripadanya adalah besar),[3] sementara negeri Minnesota di Amerika Syarikat pula bergelar Tanah Sepuluh Ribu Tasik.

Kebanyakan tasik ini ada saliran keluar semula jadi yang berbentuk sungai atau anak sungai, tetapi ada juga tasik tanpa saliran keluar, sebaliknya hanya kehilangan air melalui penyejatan atau tirisan bawah tanah atau kedua-duanya sekali. Tasik-tasik sebegini merupakan tasik endoreik (lihat di bawah).

Banyak juga tasik buatan manusia yang dibina untuk tujuan janaan kuasa hidroelektrik, tujuan rekreasi, kegunaan industri atau pertanian, ataupun bekalan air setempat.

Di luar bumi juga terbukti wujudnya tasik; "bukti definitif wujudnya tasik-tasik berisi metana" diumumkan oleh NASA menurut pantauan Prob Cassini di bulan Titan yang mengorbit planet Zuhal.

Di seluruh dunia, bilangan tasik jauh diatasi bilangan kolam: dari kira-kira 304 juta kumpulan air pegun di seluruh dunia, 91% darinya berkeluasan 1 hektar (2.5 ekar) ke bawah (lihat kolam) [4]. Tasik kecil juga melebihi tasik besar dari segi jumlah: dari segi keluasan, satu pertiga kumpulan air pegun di dunia merupakan tasik dan kolam bersaiz 10 hektar (25 ekar) ke bawah. Namun begitu, tasik besar banyak sangat sumbangannya kepada keluasan air pegun, iaitu 122 buah tasik besar seluas 1,000 kilometer persegi (390 batu persegi, 100,000 ha, 247,000 ekar) atau lebih yang menjadi 29% daripada jumlah air pegun daratan di Bumi.